___________________________________________________________________________
KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II
DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH
PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT
1.
Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan
untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi
rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini
adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu
meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.
2.
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita
yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua
keluarga.
Ini merangkumi individu:
- Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
- Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
- Warga emas sebatang kara
3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.
4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
5.
Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah
diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan
Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat
cawangan LHDNM.
6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.
7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta
isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara
ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
____________________________________________________________________________
Klik untuk download secara percuma Borang Bantuan Tunai RM 500:
ataupun dapatkan di tempat-tempat berikut (khas untuk penduduk kawasan Jeli):
SENARAI LOKASI KAUNTER BR1M BAGI KAWASAN JELI
1. SK Kuala Balah, Kuala Balah, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
2. SK Lubok Bongor, Kuala Balah, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
3. SK Batu Melintang, Kuala Balah, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
4. SK Kalai, Ayer Lanas, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
5. SK Gemang
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
6. SK Ayer Lanas, Ayer Lanas, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
7. SK Jeli 1, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
8. SK Gual Jedok, Bukit Bunga, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
9. SK Lalang Pepuyu, Bukit Bunga, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
10. SK Lawang, Bukit Bunga, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
11. SK Tok Che Dol, Bukit Bunga, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
___________________________________________________________________________
UPDATE!!!
Bagi pada pemohon yang telah menggunakan
Borang Permohonan Salinan BR1M (Fotostat). Borang yang anda isi tu sebenarnya tidak sah dan tak akan diproses oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Jadi bagi mereka yang telah menggunakan borang BR1M (Fotostat). Anda dinasihatkan supaya mendapatkan
borang BR1M yang original dari mana² cawangan LHDN, pejabat Kementerian Kewangan, cawangan atau agensi tertentu yang menyediakan borang tersebut.
Ataupun layari laman web Kementerian Kewangan dan muat turun borang BR1M disana kerana borang yang disediakan adalah sah.