Friday, December 9, 2011

Dapatkan Borang Bantuan Tunai RM 500

___________________________________________________________________________
KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II
DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH
PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. 
Ini merangkumi individu:
- Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
- Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
- Warga emas sebatang kara

3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.
6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.  

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
____________________________________________________________________________ 

Klik untuk download secara percuma Borang Bantuan Tunai RM 500:

ataupun dapatkan di tempat-tempat berikut (khas untuk penduduk kawasan Jeli):

SENARAI LOKASI KAUNTER BR1M BAGI KAWASAN JELI

1. SK Kuala Balah, Kuala Balah, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
2. SK Lubok Bongor, Kuala Balah, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.

3. SK Batu Melintang, Kuala Balah, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
4. SK Kalai, Ayer Lanas, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.

5. SK Gemang
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
6. SK Ayer Lanas, Ayer Lanas, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.

7. SK Jeli 1, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.

8. SK Gual Jedok, Bukit Bunga, Jeli

10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.

9. SK Lalang Pepuyu, Bukit Bunga, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.

10. SK Lawang, Bukit Bunga, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.

11. SK Tok Che Dol, Bukit Bunga, Jeli
10hb Disember 2011 sehingga 31hb Disember 2011 (HARI BEKERJA SAHAJA) 09.00 pagi hingga 5.00 petang.
 ___________________________________________________________________________ 

UPDATE!!! 

Bagi pada pemohon yang telah menggunakan Borang Permohonan Salinan BR1M (Fotostat). Borang yang anda isi tu sebenarnya tidak sah dan tak akan diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Jadi bagi mereka yang telah menggunakan borang BR1M (Fotostat). Anda dinasihatkan supaya mendapatkan borang BR1M yang original dari mana² cawangan LHDN, pejabat Kementerian Kewangan, cawangan atau agensi tertentu yang menyediakan borang tersebut.

Ataupun layari laman web Kementerian Kewangan dan muat turun borang BR1M disana kerana borang yang disediakan adalah sah.

No comments:

Post a Comment